Soalan Lazim

Q1. Apakah jagaan untuk jangkamasa panjang?

Penjagaan jangkamasa panjang adalah pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan perubatan dan bukan perubatan untuk orang yang mempunyai penyakit kronik atau kecacatan; mereka yang tidak berupaya untuk menjaga diri sendiri untuk suatu jangkamasa yang panjang.

Terdapat beberapa kategori perkhidmatan penjagaan jangkamasa panjang yang perlu dipertimbangkan. Biasanya, perkhidmatan ini perlu disesuaikan khas untuk setiap individu dan keperluan dan tingkat sokongannya masing-masing. Tiada satu jalan penyelesaian untuk semua situasi - satu kombinasi perkhidmatan jagaan akan ditubuhkan selepas menilai keperluan seorang individu secara mendalam.

Ini adalah jenis penjagaan jangkamasa panjang yang utama:

I. Aktiviti Kehidupan Harian (AKH)
ni melibatkan bantuan untuk aktiviti kehidupan harian yang paling asas, terutamanya untuk mereka yang mempunyai cabaran fizikal ataupun warga tua.
Contoh: Suapan, dandanan, buang air dan sebagainya

II. Aktiviti Kehidupan Harian Penting (AKHP)
TBantuan untuk aktiviti fungsi tinggi yang menambahkan kualiti kehidupan harian.
Contoh: Mengurus kewangan, membeli-belah, penggunaan telefon bimbit dan alat mobil, penyelenggaraan rumah.

III. Penjagaan warga tua
Pengurusan kesihatan individu dan jagaan fizikal.
Contoh: Pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, senaman fizikal, pengurusan ubat-ubatan, dll.

IV. Perkhidmatan jagaan khas
Perkhidmatan khas untuk mengurus keadaan khas dan kecacatan yang biasa menjejaskan individu seperti penyakit Alzheimer’s, dementia, penyakit Parkinson’s, Down Syndrome, Autisme, kecacatan pembelajaran dan sebagainya.

Q2. Apakah perkhidmatan yang disediakan?

Klik disini.

Q3. Adakah saya perlu melanggan untuk menggunakan perhidmatan anda?

Tidak. Tiada yuran langganan.

Q4. Bagaimana untuk membuat pembayaran?

Sila hubungi kami ditalian +603 2142 7166 untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, atau sila tinggalkan maklumat anda disini.

Q5. Bagaimanakah untuk saya mengetahui perkhidmatan mana yang bersesuaian dengan saya?

Sila tinggalkan maklumat anda disini bagi Pengurus Kesihatan kami untuk menghubungi anda.

Ada Pertanyaan?