Pengurus Kesihatan

Pengurus Kesihatan

Seorang Pengurus Kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa seorang pelanggan akan menerima kualiti penjagaan yang sesuai dengan pelan jagaan kesihatan dan penjagaan jangkamasa panjangnya.

Kami menyediakan perkhidmatan Pengurus Kesihatan yang sedia ada dengan CareTRUST™ ataupun sebagai khidmat individu mengikut keperluan pelanggan masing-masing. Pelanggan yang melanggan khidmat Pengurus Kesihatan akan ditetapkan seorang Pengurus Penjaga.

Khidmat di bawah Pengurusan Penjagaan:

Pengurusan Penjagaan

Manfaat seorang Pengurus Kesihatan:

Peranan kami sebagai Pengurus Kesihatan adalah berdasarkan servis yang bertumpu pada pelanggan kami. Kami mengutamakan dan menghormati maruah, hak, nilai, dan pilihan pelanggan. Pengurus Kesihatan akan bekerjasama dengan pelanggan (ataupun pasangannya) untuk mencapai matlamatnya; dengan mengenalpasti keperluan individunya, pelan jagaan mengikut individu, dan perlaksanaan yang cekap. Pengurus Kesihatan akan mengintegrasikan pelbagai khidmat yang dibekal daripada agensi-agensi berbeza dengan cekap dan selaras untuk menangani matlamat dan keperluan pelanggan sepertimana yang dikemukakan dalam pelan jagaan.

Pengurus Kesihatan kami memastikan bahawa:

  1. Pelanggan dibantu untuk membuat keputusan yang bermaklum, dan juga bagaimana untuk mencapai matlamat dengan menggunakan kemudahan komuniti yang sedia ada untuk memenuhi keperluan mereka.
  2. Pelanggan boleh menikmati autonomi apabila tinggal di komuniti dengan keluarga tersendiri.
  3. Memaksimakan potensi pelanggan dengan melibatkan mereka dalam penilaian keperluan, proses penilaian penetapan matlamat, dan pembentukan pelan jagaan individu
  4. Perkhidmatan yang dibekal adalah sesuai dan diselaraskan dengan keperluan individu pelanggan
  5. Kesinambungan penjagaan dipastikan dengan membekalkan akses kepada perkhidmatan untuk pelanggan
  6. Stress dan beban pemberi jagaan daripada menjaga pelanggan dikurangkan melalui terapi dan perkhidmatan sokongan yang ada melalui rangkaian produk dan perkhidmatan

Kami Di Sini