Soalan Lazim

Q1. Apakah jagaan untuk jangkamasa panjang?

Penjagaan jangkamasa panjang adalah pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan perubatan dan bukan perubatan untuk orang yang mempunyai penyakit kronik atau kecacatan; mereka yang tidak berupaya untuk menjaga diri sendiri untuk suatu jangkamasa yang panjang.

Terdapat beberapa kategori perkhidmatan penjagaan jangkamasa panjang yang perlu dipertimbangkan. Biasanya, perkhidmatan ini perlu disesuaikan khas untuk setiap individu dan keperluan dan tingkat sokongannya masing-masing. Tiada satu jalan penyelesaian untuk semua situasi - satu kombinasi perkhidmatan jagaan akan ditubuhkan selepas menilai keperluan seorang individu secara mendalam.

Ini adalah jenis penjagaan jangkamasa panjang yang utama:

I. Aktiviti Kehidupan Harian (AKH)
ni melibatkan bantuan untuk aktiviti kehidupan harian yang paling asas, terutamanya untuk mereka yang mempunyai cabaran fizikal ataupun warga tua.
Contoh: Suapan, dandanan, buang air dan sebagainya

II. Aktiviti Kehidupan Harian Penting (AKHP)
TBantuan untuk aktiviti fungsi tinggi yang menambahkan kualiti kehidupan harian.
Contoh: Mengurus kewangan, membeli-belah, penggunaan telefon bimbit dan alat mobil, penyelenggaraan rumah.

III. Penjagaan warga tua
Pengurusan kesihatan individu dan jagaan fizikal.
Contoh: Pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, senaman fizikal, pengurusan ubat-ubatan, dll.

IV. Perkhidmatan jagaan khas
Perkhidmatan khas untuk mengurus keadaan khas dan kecacatan yang biasa menjejaskan individu seperti penyakit Alzheimer’s, dementia, penyakit Parkinson’s, Down Syndrome, Autisme, kecacatan pembelajaran dan sebagainya.

Q2. Berapakah jumlah wang tunai yang perlu saya ada untuk membuka akaun CareTRUST™?

Minimum wang tunai ialah RM30,000.

Q3. Berapakah kos untuk membuka akaun CareTRUST™?

Kos membuka akaun CareTRUST™ termasuk:

1. Yuran permulaan RM1,500 + GST + Duti Setem
2. 1% yuran tahunan daripada nilai kasar Aset Amanah yang akan dibayar setiap suku tahun
3. Yuran pentadbiran bulanan RM300 + GST dikenakan apabila fasa penjagaan bermula
4. Bayaran RM2,500 + GST untuk pembubaran atau penamatan akaun CareTRUST™ anda.

Q4. Bagaimanakah CareTRUST™ berbeza daripada amanah yang lain (seperti amanah peribadi)?

CareTRUST™ bukan sahaja membantu anda menguruskan wang anda untuk penjagaan, tetapi juga untuk menilai peruntukan dan pengawasan penjagaan dengan melibatkan Pentadbir Penjaga.

Q5. Adakah saya dibenarkan melabur simpanan dalam akaun CareTRUST™ saya?

Secara automatik, wang di dalam akaun CareTRUST™ akan dilaburkan dalam pengurusan kewangan tunai melalui platform KenWealth. Bagaimanapun, anda boleh memberi arahan kepada pemegang amanah anda untuk menukar and memilih produk pelaburan lain yang ditawarkan oleh platform KenWealth.

Q6. Apa akan berlaku ke atas simpanan saya dalam akaun CareTRUST™ jika berlaku kematian?

Baki simpanan dalam akaun CareTRUST™ anda akan diagihkan kepada penama-panama dalam CareTRUST™. Sekiranya semua penama meninggal dunia atau tiada penama, simpanan anda akan diagihkan kepada waris harta pusaka.

Q7. Bolehkah saya meletakkan aset bukan tunai ke dalam akaun CareTRUST™?

Tidak. CareTRUST™ hanya menerima tunai sahaja. Namun, anda boleh membuka amanah lain untuk aset bukan tunai anda untuk tujuan jagaan, dan melantik Managedcare sebagai Pentadbir Penjaga.

Q8a. Boleh saya membuat bayaran caruman ke akaun CareTRUST™ yang bukan di bawah nama saya? Contoh: ibubapa, dewasa yang kurang upaya dan lain-lain.

Yes. You can always open a CareTRUST™ account for your loved ones, i.e. parents, spouse etc. to ensure they are well taken care of.

Q8b. Bolehkah akaun CareTRUST™ menerima sumbangan daripada beberapa penderma selain daripada Pemilik Amanah?

Ya. Misalnya, adik-beradik anda boleh menyumbang kepada akaun CareTRUST™ yang anda buka untuk ibubapa anda.

Q9. Adakah akaun CareTRUST™ mempunyai tempoh yang tetap?

Tidak. Akaun CareTRUST™ tidak mempunyai tempoh yang tetap.

Q10. Adakah akaun CareTRUST™ sejenis dana unit amanah?

Tidak. Ia adalah amanah hayat yang digunakan untuk simpanan kesihatan dan penjagaan jangkamasa panjang.

Q11. Bolehkah akaun CareTRUST™ dibatalkan? Jika ya, situasi bagaimanakah yang boleh menyebabkan pembatalan akaun CareTRUST™?

Akaun CareTRUST™ boleh dibatalkan bila-bila masa mengikut permintaan anda. Akaun CareTRUST™ anda boleh dibatalkan secara automatik jika baki simpanan kurang dari nilai minimum RM25,000. Sekiranya pemilik amanah meninggal dunia, baki akaun CareTRUST™ akan diberikan kepada penama amanah.

Q12. Apakah bisnes Kenanga dan peranannya dalam CareTRUST™?

Kenanga telah beroperasi selama lebih dari 40 tahun sebagai kumpulan kewangan di Malaysia. Kenanga berpengalaman dalam aktiviti pembrokeran saham, pelaburan pembankan, derivatif, treasury, penasihat korporat, perbankan Islamic, pengurusan wang, dan pengurusan pelaburan. Pada masa sekarang, Kenanga Investment Bank Bhd adalah bank pelaburan yang terbesar dari segi jumlah perdagangan saham dan nilai, dan juga merupakan salah satu daripada tiga broker dengan rangkaian remisier terbesar di negara.

Kenanga Wealth Management, atau juga dikenali sebagai KenWealth adalah satu platform pengurusan wang yang berintegrasi, memberi perkhidmatan pengurusan wang holistik untuk keperluan kewangan anda.

Q13. Di manakah Aset Amanah disimpan?

Aset Amanah akan dilaburkan dalam satu pengurusan kewangan tunai. Dana yang asal adalah Kenanga Principal Protected Income Fund (KPPI).

Q14. Siapakah yang menguruskan Dana KPPI?

Dana KPPI diuruskan oleh Kenanga Investors Bhd.

Q15. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya ada soalan tentang Aset Amanah saya?

Managedcare Sdn Bhd.

Q16. Apakah maksud pengurusan kewangan tunai yang telah diperuntukkan?

Secara asal, Aset Amanah akan dilaburkan ke dalam KPPI.

Q17. Apakah pulangan atas pelaburan untuk Aset Amanah saya? Adakah pulangan itu dijamin?

Oleh kerana ia adalah satu dana kewangan pasaran, KPPI tidak mempunyai pulangan yang dijamin. Namun, strategi pelaburan Dana adalah untuk meletakkan pelaburannya ke dalam portfolio yang melabur dalam pelbagai produk pasaran wang jangkamasa pendek dan produk deposit yang tidak terdedah kepada risiko nilaian pasaran.

Setakat 31 Disember 2015, jumlah pulangan 1 tahun KPPI adalah 3.27%.

Q18. Adakah wang saya akan dilindungi?

Ya, pelaburan ini akan dilindungi kerana tujuan pelaburan KPPI adalah untuk memberi pelabur satu sumber pendapatan daripada produk pasaran wang jangkamasa pendek yang setaraf dengan deposit tetap, pada masa yang sama melindungi modal dengan meletakkan wang dalam produk pasaran wang jangka masa pendek dan produk deposit yang diisu oleh institusi kewangan berlesen dengan penarafan minima RAM A3 atau MARC P2. Dana ini juga mempunyai “liquidity” yang tinggi.

Q19. Apakah pilihan saya untuk menyimpan Aset Amanah saya?

Mengikuti selera risiko anda, terdapat banyak pilihan untuk Aset Amanah anda. Platform KenWealth mempunyai lebih daripada 280 dana unit amanah dan skema pesaraan swasta (private retirement scheme) untuk dipilih. Ia mewakili pelbagai jenis kelas aset, fokus geografi, dan mandat pelaburan untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Q20. Adakah sebarang yuran yang akan dikenakan sekiranya saya ingin menukar Aset Amanah dari pengurusan kewangan tunai kepada produk pelaburan lain?

Tidak, anda boleh menukar tanpa sebarang kos.

Q21. Bolehkah saya mendapat maklumat terkini tentang Aset Amanah/pelaburan saya?

Rockwills akan mengawasi baki dan memberi notis kepada pelanggan sekiranya baki simpanan kurang dari nilai minimum RM25,000. Rockwills atau Managedcare akan memberitahu pelanggan melalui notis (email atau pos) untuk membuat simpanan secara berterusan ke akaun CareTRUST™.

Q22. Adakah wujud satu akaun online atau penyata untuk menyemak status dana?

Rockwills akan menghantar penyata dari KenWealth dan penyata bank kepada pelanggan setiap suku tahun.

Q23. IAdakah Aset Amanah saya dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Tidak.

Ada Pertanyaan?