Pentadbir Penjaga

Pentadbir Penjaga

Seorang Pentadbir Penjaga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa seorang pelanggan akan menerima kualiti penjagaan yang sesuai dengan pelan kesihatan jagaan dan penjagaan jangkamasa panjangnya.

Kami menyediakan perkhidmatan Pentadbir Penjaga yang sedia ada dengan CareTRUST™ ataupun sebagai khidmat individu mengikut keperluan pelanggan masing-masing. Pelanggan yang melanggan khidmat Pentadbir Penjaga akan ditetapkan seorang Pengurus Penjaga.

Khidmat di bawah Pengurusan Penjagaan:

Pengurusan Penjagaan

Manfaat seorang Pentadbir Penjaga:

Peranan kami sebagai Pentadbir Penjaga adalah berdasarkan servis yang bertumpu pada pelanggan kami. Kami mengutamakan dan menghormati maruah, hak, nilai, dan pilihan pelanggan. Pentadbir Penjaga akan bekerjasama dengan pelanggan (ataupun pasangannya) untuk mencapai matlamatnya; dengan mengenalpasti keperluan individunya, pelan jagaan mengikut individu, dan perlaksanaan yang cekap. Pentadbir Penjaga akan mengintegrasikan pelbagai khidmat yang dibekal daripada agensi-agensi berbeza dengan cekap dan selaras untuk menangani matlamat dan keperluan pelanggan sepertimana yang dikemukakan dalam pelan jagaan.

Pentadbir Penjaga kami memastikan bahawa:

  1. Pelanggan dibantu untuk membuat keputusan yang bermaklum, dan juga bagaimana untuk mencapai matlamat dengan menggunakan kemudahan komuniti yang sedia ada untuk memenuhi keperluan mereka.
  2. Pelanggan boleh menikmati autonomi apabila tinggal di komuniti dengan keluarga tersendiri.
  3. Memaksimakan potensi pelanggan dengan melibatkan mereka dalam penilaian keperluan, proses penilaian penetapan matlamat, dan pembentukan pelan jagaan individu
  4. Perkhidmatan yang dibekal adalah sesuai dan diselaraskan dengan keperluan individu pelanggan
  5. Kesinambungan penjagaan dipastikan dengan membekalkan akses kepada perkhidmatan untuk pelanggan
  6. Stress dan beban pemberi jagaan daripada menjaga pelanggan dikurangkan melalui terapi dan perkhidmatan sokongan yang ada melalui rangkaian produk dan perkhidmatan

Kami Di Sini